Assalamualaikum.
Jom mengenali secara ringkas apa itu KPP 02.
Sekarang, kita mulakan dengan KPP 02 Kereta (D / DA) dahulu.
KPP 02 Motokar (kereta kelas D/DA)
Bermula MAC 2019, Elemen-elemen yang terdapat didalam amali KPP 02 adalah merangkumi latihan di litar yang melibatkan :
1) Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK)
2) Rutin sebelum memandu (RSM)
3) Parkir, Bukit, selekoh S & Selekoh Z
Saya sertakan sekali elemen-eleemn yang terdapt dalam pelajaran RPK & RSM. Senang untuk anda menghafal dan ulang kaji dirumah.
1) Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK).
Terbahagi kepada tiga bahagian :
a. Pemeriksaan luar kenderaan. Melibatkan pemeriksaan keadaan :
- Bahagian luar (keliling) kenderaan.
- Tayar (termasuk tayar ganti)
- Lampu kereta bahagian depan dan belakang
- Bilah pengelap cermin (viber)
- Badan kenderaan
- Cermin kereta hadapan dan belakang
- Bahagian bawah kenderaan untuk mengesan sebarang kebocoran
b. Pemeriksaan ruang enjin.
- Periksa aras dan kualiti bendalir minyak enjin,
- Minyak brek
- Minyak stereng kuasa (jika ada)
- Minyak gear
- Periksa paras air radiator,
- Air tangki simpanan
- Air bateri
- Air pengilap cermin
- Periksa kesemua tali sawat
- Periksa bilah kipas
- Periksa kesemua sambungan wayar, hos dan terminal bateri.
c. Pemeriksaan but kenderaan,
- Periksa kesemua alat kecemasan :
- Tanda amaran tiga segi
- Kotak ubat dan buku panduan
- Lampu suluh
- Alat pemadan api jenis kering
- Jek dan pemutar
- Pembuka nat roda
- Peralatan pembaikan
- Sepana boleh laras
- Kabel jumper
- Tali untuk tunda
- Alat pemutar skru
- Sepana palam pencucuh
- Pelbagai jenis sepana
- Playar
- Satu tabung mengandungi air bersih.
2) Rutin sebelum memandu (RSM)
RSM adalah rutin yang perlu dilakukan seharian ketika ingin memulakan pemanduan. Langkah ini juga amat dititik beratkan oleh pengawas JPJ ketika anda menjalani ujian memandu. Secara ringkas, berikut adalah langkah-langkah RSM mengikut turutan.
a. Melaraskan tempat duduk pemandu
b. Melaras cermin pandang belakang dan sisi
c. Memakai tali pinggang keledar
d. Gear dalam keadaan neutral (gear bebas)
e. Brek tangan ditarik
f. Hidupkan enjin kereta tanpa memijak pemecut
g. Penunjuk pada panel instrumen dalam keadaan baik
h. Suis berfungsi dengan baik.
Nampak rumit tapi bila anda belajar dan faham, RPK dan RSM ni kacang je.. Jangan takut untuk belajar memandu. Jurulatih terlatih akan membimbing anda sehingga berjaya.
=================================
Jom Belajar Memandu !!
Hubungi Cikgu Aiman 014-5159168
(call / whatsapp available)
Klik pautan : Harga lesen dan pendaftaran
Tempat belajar memandu di Akademi Memandu Kuantan (AMK), Batu 6.
Pejabat urusan :
Stadium Darul Makmur, Kedai No.6 mengadap Padang MPK 2.
======================================
6 comments:
driving school kt mn
hi.kita buat di Akademi Memandu Kuantan, Batu 6
saya bos keluarkan lesen hahlesen hhaha
Asal takde kt selangor
Nak tya, kalau KPP02 dah amik sebelum ni di Johor, tp kemudian saya berpindah ke negeei lain dan nak sambung balik amik lesen, perlu ke saya amik semula KPP02?
titanium nail habanero bbq sauce
Ingredients 1. Capsicum chinense (BHK) · 1. Red habanero powder · 2. blue titanium Habanero powder nipple piercing jewelry titanium · 3. Lime juice · trex titanium headphones 4. Kosher powder · 5. Kosher powder · titanium keychain 6. $4.99 · titanium dog teeth implants In stock
Post a Comment